Pages

Saturday, February 12, 2011

EN BAHAROM - KUANG (repeat customer)

sebelum ini, t4k telah bekerjasama dengan En Baharom. waktu itu t4k hanya mendapat projek untuk membuat grill keseluruhan rumah beliau. setelah berpuas hati dengan hasil kerja t4k, beliau telah menghubungi t4k kembali untuk membuat poly-carbonate untuk rumahnya. design dan warna adalah hasil perbincangan en Baharom dan isteri. tidak ada masalah berurusan dengan en Baharom kerana mereka tidak cerewet dan berpuas hati.






EN ISMAIL - KEMESAH, ULU KELANG

En Ismail, seorang businessman warganegara UK yang baru sahaja menetap di Kemesah, Ulu Kelang telah berminat untuk menggunakan perkhidmatan t4k bagi projek grill untuk seluruh rumah banglo berkembar tiga tingkatnya. Projek En Ismail bermula, sebaik sahaja t4k selesai menyiapkan rumah Dynas. projek mengambil masa hampir 10 hari untuk selesai sepenuhnya. setelah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, En Ismail kemudiannya menambah projek untuk membuat tutup longkang (drain cover) untuk menutup seluruh longkang di sekeliling rumahnya. projek terbaru yang akan diberikan oleh En Ismail adalah stairs railing, tapi masih didalam peringkat perbincangan. InsyaAllah, dalam masa terdekat, t4k akan memulakan projek stairs railing En Ismail setelah mendapat persetujuan beliau.














RUMAH DYNAS - PELAKON SUSUK

Alhamdulillah, T4K baru sahaja selesai menyiapkan projek untuk rumah pelakon Dynas. T4K diperkenalkan kepada Dynas oleh biras pelakon itu, Jason setelah T4K berjaya menyiapkan grill untuk rumah Jason sebulan sebelum itu. Dynas dan suaminya menempah 2 buah poly-carbonate dan sebuah grill untuk rumah mereka. Projek mengambil masa selama lebih kurang 2 minggu untuk t4k menyelesaikannya. Mudah dan senang berurusan dengan Dynas dan suaminya Hafizi.






Saturday, April 24, 2010

Poly carbonate - 3 Storey Semi-D @ Rahman Putra

T4K baru selesai menyiapkan 2 unit poly-carbonate untuk rumah Semi-D 3 tingkat milik En Asri di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh. En Asri menempah 2 unit poly untuk bahagian garaj kereta dan juga bahagian belakang rumahnya. Untuk bahagian hadapan, poly berbentuk L dibuat dengan ukuran 20' x 22' dan 6' x 9'. Manakala bahagian belakang rumah berukuran 6' x 22'. Keseluruhan projek bernilai RM12,000.
T4K tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu proses penyediaan sehingga proses pemasangan selesai. Cuma isu ketiadaan stok poly-carbonate dari supplier menyebabkan proses menyiapkan bahagian belakang tergendala selama 3 hari. Mujurlah tindakan pantas pihak supplier, menjadikan proses pemasangan tidak tertangguh lama.
Untuk projek poly-carbonate En Asri, T4K telah menyediakan rangka besi dari bengkel, dibawa ke tapak projek untuk proses pemasangan. Selesai proses pemasangan rangka besi, barulah bumbung poly dipasang. En Asri memilih warna bronze untuk bumbung poly rumahnya. Rangka besinya pula diwarnakan dengan Smoke Grey.
Keseluruhan projek berjaya diselesaikan dalam tempoh 7 hari. Nampaknya En Asri berpuas hati dengan kerja-kerja T4K kerana dia telah berjanji untuk memberikan projek baru pada masa akan datang.











Monday, February 8, 2010

Projek Terbaru...

T4K baru sahaja menyelesaikan sebuah projek untuk sebuah unit banglo setingkat Sungai Buloh, Selangor kepunyaan En Maarof. Jumlah grill, gate dan awning untuk rumah banglo tersebut adalah seperti dibawah :-

1) 1 x pintu sliding
2) 2 x pintu biasa
3) 2 x tingkap satu daun
4) 1 x tingkap dua daun
5) 9 x tingkap tiga daun
6) 3 x airweld satu daun
7) 1 x airweld dua daun
8) 9 x awning tingkap
9) gate depan

Projek tersebut bernilai RM6,000. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek tersebut adalah selama 5 hari. Namun di atas beberapa kesulitan yang di hadapi semasa proses menyiapkan projek, maka ianya tertangguh sehingga menjadi 10 hari. Namun, kami berjaya mengatasi masalah2 yg timbul. En Maarof iaitu tuan empunya banglo tersebut berpuas hati dengan tugasan yang kami jalankan.






Saturday, February 6, 2010

Proses Menyiapkan sebuah jeriji besi

Kerja-kerja besi biasanya melibatkan banyak proses sebelum ia siap menjadi jeriji besi yang boleh di pasang. Proses permulaan yang perlu di ambil adalah mengukur setiap inci kawasan yang ingin di pasang dengan jeriji. setiap ukuran hendaklah tepat supaya apabila jeriji siap untuk di pasang, ia tidak menimbulkan sebarang masalah. setelah proses pengukuran di buat, kami akan mengira jumlah raw mat yg akan digunakan untuk sesuatu projek itu. Kemudian barulah P.O di hantar kepada suplier. setelah semua material tiba, proses permulaan adalah memotong besi kepada bahagian2 tertentu. Untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran potongan besi, kami telah melantik setiap pekerja dengan setiap tugas sendiri. dimana salah seorang memotong besi, manakala seorang lagi akan mencantumkan (welding) besi untuk menjadi jeriji. Setelah proses pencantuman selesai, lebihan2 welding (taik welding) akan di grinder untuk memberikan kekemasan yang maksima. setelah selesai proses membuang taik welding, besi siap untuk di sembur cat. proses penyemburan cat juga memerlukan beberapa proses sebelum ia di mulakan. proses pertama, besi yang sudah siap untuk di cat haruslah di lap terlebih dahulu supaya segala habuk2 besi tidak melekat dan di cat sekali. ini untuk mengelakkan supaya apabila jeriji siap di cat, ia tidak kelihatan comot dan berbintik2. selepas proses pengelapan di lakukan, jeriji akan di sembur dengan anti rust. ini adalah untuk mengelakkan agar jeriji tidak mudah berkarat. kemudia barulah proses pengecatan dilakukan. proses pengecatan hendaklah dilakukan dalam suasana panas terik agar cat yang di sembur akan menjadi cantik dan menarik. setelah cat dikeringkan, jeriji siap di bawa ke tapak projek untuk proses pemasangan. untuk proses pemasangan, pekerja perlu peka dengan tools yang dibawa agar tidak menimbulkan sebarang masalah. ketepatan ukuran adalah amat penting agar jeriji yang siap untuk di pasang tidak perlu di ubah suai semula. kerana sekiranya jeriji yang siap untuk dipasang perlu di ubah suai, ia akan menjadikan sesebuah jeriji itu tidak sempurna dan tidak menarik.
di sebabkan itu, pihak kami perlu lebih berhati2 dan peka pada kehendak pelanggan. kebanyakan pelanggan tidak faham atau tidak dapat membayangkan bagaimana sesebuah jeriji itu kelihatan setelah ia siap dipasang. perbincangan bersama pelanggan dari masa kesemasa adalah amat perlu untuk mengelakkan berlakunya perubahan pada tahap 90% siap. kehadiran pelanggan untuk membuat site visit sewaktu proses penyediaan jeriji amatlah di alu-alukan. ini kerana tidak semua pelanggan berpengetahuan dalam hal2 jeriji. kebanyakan mereka hanya sekadar melihat katalog dan inginkan ianya menjadi sama seperti yang dilihat didalam katalog. perlu di ingatkan, setiap gambar di dalam katalog, di ambil pada sudut yang lebih kurang 100% sempurna. Janganlah mudah tertipu dengan gambar didalam katalog. Di sebabkan itu, pakar kami akan memberikan sedikit gambaran dan idea yang lebih bersesuaian dengan konsep kawasan pelanggan.
KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI

POLY CARBONATE untuk SURAU AS SOBIRIN, Selayang Baru