Pages

Friday, February 5, 2010

PROFAIL SYARIKAT

Kami adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah hampir 5 tahun beroperasi di kawasan Sungai Buloh. Pemiliknya En Azroee bin Abd Manan atau lebih dikenali sebagai En Lan mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang kerja-kerja besi. Mempunyai 2 orang pekerja tetap dan beberapa orang pekerja sambilan yang di bayar secara sub sekiranya di perlukan. Selama beroperasi, syarikat telah membuat usahama dengan beberapa buah syarikat kontraktor dan orang perseorangan yang ingin mendapatkan khidmat untuk membuat GRILL, GATE, AWNING, POLYCARBONATE, STAIRS RAILING dan sebagainya. Buat masa ini, syarikat hanya beroperasi di kawasan rumah sahaja. Namun, perancangan untuk masa hadapan adalah, syarikat akan berpindah dan mula beroperasi di lot kedai yang akan di sewa berhampiran kawasan sekarang. Visi dan misi syarikat pada 5 tahun akan datang adalah untuk beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah bengkel kimpalan yang akan menawarkan khidmat 100% puas hati kepada pelanggan. kepada syarikat2 kontraktor dan individu perseorangan yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami, sila hubungi nombor telefon yang tertera.
KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAN KAMI.

1 comment:

  1. saya dari dyel design & built sdn bhd.
    kami menyediakan perkhidmatan reka bentuk dalaman. jika tuan ada projek berkaitan hiasan dalaman kita boleh berbincang special part. kita juga boleh bekerjasama. (interriordesign-info.blogspot.com)

    ReplyDelete